ROME: Media Itali menggelar kegagalan skuad kebangsaan ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun sebagai ‘malapetaka.’

“Itali, ini adalah hari kiamat,” tajuk yang menjadi berita utama dalam laman web sukan harian Gazzetta dello Sport sejurus keputusan aksi kedua perlawanan playoff menentang Sweden berakhir seri 0-0, awal pagi tadi.

Keputusan di San Siro itu menjadi penamat perjalanan Itali ke Russia tahun depan selepas Sweden mara menerusi agregat 1-0 susulan kemenangan pada aksi pertama, minggu lalu.

“Peluang dibazirkan, ada sedikit kurang bernasib baik tapi tiada gol dalam tempoh 180 minit menentang Sweden, siapa yang akan pergi ke Russia,” lapor Gazzetta yang menyatakan dengan jelas pandangan mereka betapa Itali tidak layak untuk memperoleh tiket ke Piala Dunia.

“Pengadil menafikan penalti buat kami tapi lawan kami sepatutnya boleh mendapat dua,” menurut akhbar itu lagi.

PEMAIN Azzurri kecewa selepas tamat perlawanan.

Beberapa akhbar sukan utama seperti Corriere dello Sport memberi tajuk utama, “Itali tersingkir daripada Piala Dunia” sambil menambah kesakitan untuk melihat negara itu tersisih daripada aksi di Russia tahun depan.

“Dalam tempoh beberapa bulan kami akan menyaksikan Piala Dunia seperti orang lain. Buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun kami akan menjadi orang luar.

“Ia situasi memalukan yang tidak boleh diterima, noda yang tidak boleh dilupakan. Ia sudah berakhir. Kiamat, tragedi, malapetaka.

“Gelarkannya dengan bagaimana anda melihatnya, tapi tolong, katakan kepada kami yang sistem tidak lagi berfungsi, bola sepak kami berada dalam krisis yang serius tapi ia tidak lebih hebat berbanding Sweden dan Switzerland.”

Akhbar La Repubblica menulis: “Selamat tinggal Russia.” manakala La Stampa berkata: “Bencana untuk Itali, kami tidak akan pergi ke Piala Dunia.” AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini