Dituduh esok

0
6

BAPA bayi perempuan berusia setahun yang meninggal dunia 3 November lalu, Francis Lim Jeum Huen, 29, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, ibu bayi berkenaan, Law Chai Yet, 21, yang turut direman sebelum ini dibebaskan dan akan menjadi saksi pendakwaan.

“Pertuduhan akan dilakukan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh,” katanya.

Beliau mengulas perkembangan kes kematian bayi perempuan itu yang dipercayai didera di Pangsapuri Widuri, Bukit Beruntung 3 November lalu.

Terdahulu, ibu bapa bayi itu mendakwa mereka menemui anak kedua itu di rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditutupi dengan selimut selepas kedua-duanya pulang dari kerja.

Bagaimanapun bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dipercayai kesan hentakan dan tidak konsisten dengan kecederaan jatuh dari buaian seperti didakwa.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini