DUA pekerja lombong bijih warga asing maut selepas tersepit dalam mesin basuh batu di tapak lombong bijih besi di Aring, Gua Musang, pagi semalam

Dalam kejadian 11.25 pagi itu mangsa warga Bangladesh, Mohamad Younus Ali, 38 dan warga Pakistan, Saleem Shah, 29, maut di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, dua mangsa itu dipercayai sedang membaiki bilah palong cuci batu sebelum diarahkan keluar.

“Belum sempat mangsa keluar, pekerja lain membuka suis mengakibatkan mangsa tersepit dan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

“Usaha mengesan pekerja warga Pakistan yang dipercayai membuka suis mesin itu sedang dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini