Wanita peluk cium anjing dikecam

0
24

 

Bertudung, minum di sebuah restoran sambil memeluk dan mencium dalam masa yang sama membelai anjing yang dipercayai haiwan peliharaannya, perkara itu walaubagaimanapun tidak dapat disahihkan sama ada di dalam atau di luar negara.

Video tersebut mula tersebar dari perkongsian ‘kaki share’. Link video: https://www.facebook.com/kakishare.my/videos/2129793757255737/

Kata Fie Faa wanita tersebut gagal membezakan haiwan yang boleh dibelai dan dikucup dan yang mana haram dari sudut agama.

Seperti Nurul Diyana MdYusuf yang berpendirian bahawa Melayu Islam pada masa kini semakin ramai yang sudah tidak mengikut ajaran agama sebetulnya.

“Sikit sikit cium sikit sikit ciumm.. Adoi la makcik senah oii, mata empat dah tak reti beza ka mana haram mana yang tak haramm.. haishh haram jadah betuii,” kata Fie Faa Baki.

“Sekarang ramai Melayu murtad. Jaga-jaga ini mungkin nak manipulasi kita je. Percayalah ramai orang yang Melayu kita lelaki atau perempuan walaupun bertudung ada yang dah murtad

“Jangan anggap benda ni mustahil pulak… Tak de bende yang mustahil pon dalam dunia ni…,” kata Nurul Diyana MdYusuf.

Dalam kecaman-kecaman itu namun ada yang menasihat agar tidak mudah melemparkan tuduhan kerana berkemungkinan wanita yang membelai anjing itu bukan beragama Islam walaupun bertudung.

“Kita pun tak tau dia agama apa..Kalau bertudung pun bukan erti dia tu Islam…Orang kita sendiri pun Islam tak bertudung…Mungkin dia minat bertudung..Ataupun ada agenda nak burukkan imej Islam…Zaman lanie (sekarang) tak kan tak faham lagi,” kata Wan Yusoff Ala.

Shinci Wawa turut sependapat bahawa ada segelintir masyarakat hanya menjadikan tudung sebagai fesyen semata-mata.

“Melayu belom tentu “Islam” dan islam tidak semestinya orang melayu..tudung sekarang adalah trend..ramai jer yang bukan Islam bertudung…ikot fesyen semasa…Kalau dia Islam kita yang Islam ini doakan baik-baik saja untuk dia,” katanya.

Namun bak kata Lydia Ishak kejadian tersebut berkemungkinan juga tidak berlaku di dalam negara.

“Macam kat luar negara je. Kalau di Malaysia laju je orang viralkan tempat makan-makan macam tu dibawa binatang yang dilarang dalam Islam. Haish aku rasa ini mesti murtad tapi takut kantoi mak bapak. Paling menjengkelkan sikit-sikit cium… Atau mungkin naluri keibuan dia terlampau tinggi,” tambahnya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini