SAO PAULO: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Brazil, sebentar tadi manakala Lewis Hamilton bangkit selepas bermula petak belakang untuk menamatkan saingan di tempat keempat buat Mercedes.

Hamilton yang mengesahkan gelaran juara dunia keempatnya di Mexico, dua minggu lalu bermula di petak belakang selepas terbabit dengan kemalangan ketika aksi ujian kelayakan tetapi berjaya memimpin perlumbaan selepas 31 daripada 71 pusingan apabila pemandu lain melakukan hentian pit.

Pemandu Britain itu berjaya berada di kelompok sembilan terbaik selepas 10 pusingan dengan kenderaan keselamatan memasuki litar susulan pelanggaran yang berlaku pada awal pusingan.

Valtteri Bottas yang bermula di petak hadapan buat Mercedes menyaksikan harapannya untuk mengatasi Vettel bagi memburu gelaran naib juara keseluruhan musnah apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen pula menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini