Kuala Nerus: Belum pun hilang rasa sedih akibat pemergian lelaki yang menjadi tulang belakang keluarga, seorang wanita sekali lagi diuji apabila disahkan mempunyai pendarahan di kepala selepas seminggu kematian suaminya.

Bagaimanapun, kesedihan dialami Zuraida Ibrahim, 44, dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu terubat apabila memperoleh pencen penakat arwah suaminya Rasdi Abdullah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sekali gus meringankan bebannya untuk menampung tiga anak berusia antara enam hingga 16 tahun.

Menurut Zuraida, arwah suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 31 Ogos lalu, sekali gus menyebabkan dia sekeluarga hilang tempat bergantung.

Katanya, selepas ketiadaan arwah, dia dikesan mempunyai pendarahan di dalam kepala dan perlu menjalani pembedahan membuang darah beku iaitu 18 hari selepas kematian suaminya.

“Sebelum ini, saya mengambil upah menjahit baju di rumah untuk membantu arwah suami, namun kini saya tidak mampu bekerja selepas dikesan mempunyai darah beku di kepala.

“Mujurlah saya menerima wang pencen penakat sebanyak RM991 sebulan dan wang RM2,000 untuk urusan pengebumian jenazah daripada PERKESO.

“Dengan bantuan RM600 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta wang pencen penakat itu, ia secara tidak langsung meringankan beban kami,” katanya.

berita harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini