Tiada kerosakan akibat gempa bumi di Jepun

0
5

SENDAI: Gempa bumi bermagnitud 5.8 yang melanda pantai timur Jepun, sebentar tadi dilaporkan tidak menyebabkan kerosakan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi yang pada asalnya berukuran 6.1 magnitud, melanda kawasan terletak 351 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 9.5 kilometer.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun pula melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.7 magnitud pada kedalaman 10 kilometer. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini