Tenis: Zverev pamer sengat benam Cilic

0
3

LONDON: Pemain tenis Jerman berusia 20 tahun, Alexander Zverev memberikan impak besar dalam penampilannya di ATP Final selepas merakam kemenangan ke atas Marin Cilic, 6-4, 3-6, 6-4, sebentar tadi.

Pemain nombor tiga dunia ini yang juga pemain paling muda layak ke kejohanan penutup musim dalam tempoh sembilan tahun, gagal mengekalkan rentak selepas bermula baik di set pertama, sebelum bangkit di set penentuan dengan kemenangan bergaya.

Keputusan itu menyaksikan Cilic, dari Croatia – yang tewas kepada Roger Federer di final Wimbledon tahun ini menamatkan aksi penutup musim dengan penuh kekecewaan selepas hanya sekadar merekodkan kemenangan 1-6.

PEMAIN Jerman, Alexander Zverev (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Marin Cilic selepas tamat perlawanan ATP final di London, sebentar tadi. – Foto EPA-EFE

Zverev, yang muncul pemain Jerman pertama menamatkan saingan semusim di ranking ketiga dunia sejak Boris Becker melakukannya pada 1994, bakal berdepan saingan sengit Federer, pada Selasa.

Sebelum itu, Federer, juara enam kali menewaskan Jack Sock dalam satu lagi aksi peringkat kumpulan. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini