Southgate mahu tukar kapten England temu Brazil

0
9

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate menimbang untuk menukar kapten pasukan bagi aksi persahabatan antarabangsa bertemu Brazil, esok dalam usaha meningkatkan stok pemimpin dalam skuad Three Lions menjelang Piala Dunia 2018.

Southgate tampak gembira untuk menggilirkan barisan pemimpinnya di atas padang dengan Eric Dier menjadi kapten keenam England ketika skuad bimbingannya mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Jerman di Wembley, Jumaat lalu.

Perlawanan seterusnya bagi England yang juga aksi terakhir bagi 2017 adalah menentang Brazil dan sekali pun Southgate gembira dengan prestasi Dier yang juga pemain tengah Tottenham Hotspur, dia tetap berfikir untuk memberikan lilitan kapten kepada pemain lain.

“Saya akan berfikir mengenainya pada perlawanan Selasa ini,” katanya. “Kuncinya adalah untuk membina kumpulan pemain yang gembira memimpin dan boleh memegang tanggungjawab.

“Eric adalah seorang lagi pemain yang memiliki kematangan yang hebat dan memahami taktikal permainan.

“Dia boleh menunjukkan sedikit lagi kuasanya dari masa ke semasa dan memberikan impak yang besar kepada orang lain.”

Southgate yang juga bekas pemain kebangsaan England menambah: “Sebahagian daripada alasannya adalah untuk berkata ‘ayuh, kamu boleh menjadi pemimpin dalam kumpulan ini’ dan berharap dia juga akan meningkat daripada pengalaman itu juga.” – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini