POLIS meminta empat saksi perbicaraan kes pengedaran dadah dari Pulau Pinang termasuk seorang wanita, hadir prosiding di Mahkamah Tinggi Alor Setar, pada 8.30 pagi, Selasa dan Rabu ini.

Mereka ialah S G Umesh, 30, dari G-01 Blok C Persiaran Sembilang 1 Desa Cemara, Perai dan K Mokan Raj, 31, dari No 2 Pintas Berani 5 Jalan Mohd Saad Bagan Jermal, Butterworth.

Dua lagi ialah S Purubakaran, 26, dari Blok 20-G-06 Jalan Mesra 2 Taman Mesra Butterworth dan K Ritta, 45, dari 1108 Kampung Kovil, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, pihaknya gagal mengesan keempat-empat saksi menggunakan alamat terakhir mereka.

“Semua mereka ada kaitan dengan Gurun Report 1640-1641/14, Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Justeru polis merayu kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai keempat-empat saksi itu kepada polis dengan segera

“Orang ramai boleh menghubungi Inspektor Mohd Sabri Md Nor di talian 04-4299222 sambungan 2112 atau 019-5433823,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, polis turut meminta A Ananthan, 32, hadir perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi 1, Alor Setar pada 22 November ini, jam 9 pagi.

Menurutnya, alamat terakhir saksi itu ialah No 31, Jalan Semeling, Kebun Chetty, Bedong, Sungai Petani.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintendan Tee Ah Chew di talian 04-4299222 sambungan 2014 atau 012-4081339 atau balai polis terdekat,” katanya.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini