MELAKA: Penyerang Selangor, Nur Shamil Abd Ghani bakal kembali bersama Melaka United (MU) pada saingan Liga Malaysia musim depan selepas semusim dipinjamkan kepada The Red Giants.

Justeru Shamil bakal memperkuatkan jentera serangan skuad MU bersama penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohammed Ghaddar.

Menurutnya, dia amat teruja kembali menyertai MU selepas menimba banyak pengalaman dengan skuad Liga Super Selangor yang juga juara 33 kali Piala Malaysia.

Katanya, dia kini sedia berganding bahu bersama Ghaddar yang juga antara penyerang disegani dalam Liga Malaysia dan di pentas antarabangsa atau diberi tugas penggempur bersama mana-mana penyerang lain di Melaka kelak.

“Wajah baharu skuad Hang Tuah dalam kalangan pemain berwibawa juga diyakini bakal membentuk gabungan lebih mantap dalam memenuhi sasaran skuad terbabit musim depan.

“Walaupun masih belum bertemu rakan sepasukan bagi saingan 2018 dengan latihan hanya bermula awal Disember, apa yang pasti sembilan pemain dikekalkan MU kebanyakannya pernah bersama saya ketika musim 2016 lalu,” katanya yang gembira skuad negeri kelahirannya kembali menagih sentuhannya.

Sehubungan itu, dia melihat skuad berkenaan mampu mencipta kejayaan positif sambil keserasian yang ada sebelumnya bakal digabung sebaik mungkin untuk memastikan MU mampu muncul sebagai sebuah pasukan disegani.

Penjaring terbanyak Liga FAM 2015 itu berkata, keazamannya juga amat tinggi untuk kembali mencipta nama sebagai penyerang terbaik tempatan sekali gus memenuhi impian penyokong setia yang mahu skuad Hijau Putih melakar kejayaan lebih gemilang.

berita harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini