BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan yang meletakkan jawatan minggu lalu, Saad al-Hariri, mengumumkan akan kembali ke negara itu tidak lama lagi.

Dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Future TV dari Riyadh, Saad turut menolak khabar angin kononnya beliau dikenakan tahanan rumah di Arab Saudi.

“Saya bebas di sini. Saya boleh pergi ke mana-mana jika saya mahu.

“Saya akan kembali ke Lubnan, mungkin dalam dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Pada 4 November lalu, Saad, 47, mengumumkan peletakan jawatannya menerusi televisyen dari Riyadh dan tidak pulang ke negaranya sejak itu.

Pengumuman itu mencetuskan kebimbangan di rantau itu, susulan ketegangan hubungan antara Riyadh dan Tehran.

Saad menuduh Iran dan sekutunya di Iran, Hizbullah, berusaha mengambil alih pentadbiran negaranya, sekali gus menjejaskan kestabilan rantau berkenaan. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini