KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan permintaan bagi mata wang tempatan apabila pelabur mengawasi harga minyak mentah.

 

Ketegangan yang berterusan di Asia Barat serta peningkatan bilangan loji di AS menandakan bahawa pengeluar minyak bersedia untuk meningkatkan output, sekali gus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Pada jam 6 petang, unit tempatan didagangkan pada 4.1900 / 1930 berbanding dolar AS daripada 4.1900 / 1930, Jumaat lalu.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0755 / 0799 daripada 3.0804 / 0835 pada Jumaat; naik berbanding pound British kepada 5.4793 / 4844 daripada 5.5099 / 5155 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8767 / 8819 daripada 4.8855 / 8899.

Ringgit bagaimanapun menyusut berbanding yen kepada 3.6955 / 6992 daripada 3.6952 / 6988. – BERNAMA

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini