KUALA LUMPUR: UEM Sunrise Bhd mengumumkan pembentukan rangka kerja pengurusan perkhidmatan digital, antara usaha menjadikan Puteri Harbour sebagai pembangunan pintar dan digital utamanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anwar Syahrin Abdul Ajib, berkata perkhidmatan digital itu dibangunkan oleh Inneonusa Sdn Bhd, syarikat usahasama membabitkan Telekom Malaysia Bhd, UEM Sunrise dan Iskandar Investment Bhd.

Katanya, menerusi projek digital Puteri Harbour itu, ia membuka jalan kepada syarikat merealisasikan visinya untuk menjadikan Iskandar Puteri sebagai sebuah bandar pintar dan terhubung.

“Projek ini juga sebahagian daripada Pelan Induk Iskandar Puteri Pintar dan Terhubung yang menyasarkan untuk membangunkan Iskandar Puteri menjadi antara masyarakat pintar yang saling berhubung di dunia dan memberi pengalaman terbaik kepada berkepentingan dengan kemudahan pintar.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini dalam menyampaikan janji kami menawarkan gaya hidup mapan, interaktif dan progresif di Puteri Harbour, yang akan meningkatkan lagi daya tarikan kepada pelabur, penduduk dan

peniaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Inneonusa, Akram Mackeen, berkata model perkhidmatan ‘The Digital Puteri Harbour’ itu inisiatif untuk menggerakkan Puteri Harbour kepada sebuah projek pembangunan pintar dan digital dengan menyasar meningkatkan pengalaman individu yang berada di dalam perbandaran itu.

“Kami komited untuk menyampaikan perkhidmatan ICT yang terurus dan penyelesaian pintar kepada perkembangan hartanah di wilayah Iskandar Johor”.

“Di bawah rangka kerja model perkhidmatan digital, pendigitalan Puteri Harbour ditumpukan kepada tiga teras utama, iaitu mewujudkan kehidupan di tepi laut yang ideal, kehidupan bandar pintar dan pengalaman Puteri Harbour digital yang lancar,” katanya.

Tambahnya, pembangunan digital itu termasuk pembinaan aplikasi mudah alih, platform semua dalam satu bagi mengakses perkhidmatan yang relevan di dalam Puteri Harbour.

Menerusi aplikasi itu, elemen seperti perkhidmatan direktori, perancang perjalanan dan perkongsian sosial disepadukan dalam platform itu bagi menyediakan pengalaman yang menarik ketika meneroka Putari Harbour.

“Penyepaduan pelbagai perkhidmatan itu diupayakan oleh platform Internet Untuk Segalanya (IoT) dan juga Pusat Operasi Integrasi (IOC) di Iskandar Puteri.

“IOC berupaya menguruskan operasi pelbagai perkhidmatan pintar seperti sekuriti dan keselamatan, mobiliti pintar, perkhidmatan di seluruh bandar, pengurusan tenaga dan kemudahan, papan tanda digital serta aplikasi penduduk,” katanya.

INFO

– UEM Sunrise tubuh rangka kerja pendigitalan Puteri Harbour

– Wujudkan aplikasi untuk mudahkan pergerakan penduduk dan pelancong di

Puteri Harbour

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini