DHAKA: Polis Bangladesh, hari ini menyelamatkan empat anak harimau dan singa yang cuba diseludup ke India dan menahan dua suspek.

Polis berkata, mereka menyiasat sama ada anak harimau itu diburu secara haram dari Sundarbans, hutan bakau terbesar dunia, yang mempunyai populasi harimau Benggal yang terancam.

Polis yang bertindak atas maklumat menemui haiwan itu dalam kotak kayu dalam kereta di bandar raya Jessore, kata ketua polis daerah, Anisur Rahman.

“Kami menahan dua suspek berkaitan kes ini. Mereka adalah penyeludup haiwan yang menyerahkan anak mamalia itu kepada seorang lelaki di Sharsha.

“Kami mengesyaki ia dibawa ke sini untuk diseludup ke India,” kata Rahman.

Bangladesh memperkenalkan undang-undang baru pada 2010 untuk melindungi hidupan liar, tetapi pemburuan haram terus berleluasa.

Pada 2012, polis elit negara itu menyelamatkan tiga anak harimau Benggal selepas satu serbuan di Dhaka. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini