BURIRAM (THAILAND): Perjuangan Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 berkubur di bumi Buriram selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tangan Korea Utara di Stadium I-Mobile, sebentar tadi.

Kekalahan 1-4 itu menyaksikan skuad kendalian Nelo Vingada kekal di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan mengumpul satu mata selepas lima perlawanan.

Malah, ia sudah pasti keputusan yang sangat mengecewakan buat Vingada yang masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya, Mei lalu.

PEMAIN Harimau Malaya, Syafiq Ahmad cuba melepasi kawalan pemain Korea Utara pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019, sebentar tadi. – Foto Naim Mahamud / www.asiana.my

Pada aksi sebentar tadi, Vingada melakukan kejutan apabila menyenaraikan sebahagian besar pemain muda termasuk Nor Azam Abdul Azih, Adam Nor Azlin, Safiq Ahmad dan Khairil Anuar Zamri yang kali pertama beraksi untuk skuad senior.

Harimau Malaya bagaimanapun hanya mampu bertahan selama 15 minit apabila Kim Yu Song meledak gol pertama Korea Utara selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Jong Il Gwan.

Lima minit kemudian, pintu gol Harimau Malaya bocor buat kali kedua juga menerusi Yu Song yang sekali lagi menyudahkan sepakan penjuru Il Gwan.

Yu Song melengkapkan hatrik pada minit ke-44 apabila tenang menolak masuk bola hantaran Kim Yong Il sekali gus menyaksikan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy tewas buat kali ketiga.

PEMAIN Harimau Malaya, Nor Azam Azih dihalang pemain Korea Utara pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019, sebentar tadi. – Foto Naim Mahamud / www.asiana.my

Korea Utara meneruskan malam gemilang mereka apabila Pak Kwang Ryong menyudahkan hantaran Ri Un Chol pada minit ke-79.

Safawi Rasid yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-85 namun sudah terlambat untuk Harimau Malaya.

Harimau Malaya akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan.

BERITA HARIAN

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini