Gombak: Tindakan nekad seorang lelaki memecut kenderaan dipandu menuju ke balai polis menyelamatkan dirinya daripada dirompak dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa berusia 40 tahun dikatakan sedang memandu bersendirian di kawasan berhampiran Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini.

Sumber berkata, sebaik mangsa tiba berhampiran sebuah taman permainan di lokasi itu, dua lelaki menaiki motosikal dan bersenjatakan parang muncul sebelum menyerangnya.

“Suspek bertindak memecahkan cermin di tempat duduk pemandu dan cuba menghalang mangsa daripada meneruskan pemanduan.

“Bagaimanapun mangsa terus memecut kenderaan model Nissan Grand Livina menuju ke balai polis,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Rawang di sini, untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan atau kehilangan harta benda,” katanya.

HMETRO

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini