JOHOR BAHRU: Empat mangsa banjir daripada dua keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Lepau, Kota Tinggi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan di sini, berkata setakat 8.30 pagi, pusat pemindahan sementara itu masih dibuka berikutan air belum surut.

Katanya, mangsa yang dipindahkan itu membabitkan dua lelaki dewasa termasuk warga emas dan dua wanita dewasa.

“Lokasi dinaiki air setakat ini tiada aliran air keluar. Pihak berkuasa tempatan (PBT) Pengerang dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor akan membuat saliran sementara supaya air boleh surut.

“Pihak PBT akan menyediakan jentera bagi menjalankan kerja membuat saliran, hari ini.

“Pihak Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, pula sudah selesai menjalankan kerja saliran yang bersempadanan dengan kampung berhampiran, semalam,” katanya di sini, hari ini.

berita harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini