IPOH: Penjaga gol hoki veteran, Roslan Jamaluddin mengumumkan persaraan pada pentas Piala Razak selepas membantu Perak muncul juara saingan edisi ke-55 itu di Ipoh, semalam.

Roslan membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis ringkas meraikan kejayaan 3-2 Perak ke atas Terengganu.

“Saya sudah nyatakan bahawa ini penampilan terakhir saya dalam saingan Piala Razak.

“Jadi cukuplah setakat ini. Sudah terlalu lama saya berkecimpung dalam sukan hoki.

“Saya mahu beri peluang kepada pemain muda pula,” kata Roslan.

PENJAGA gol hoki Perak, Roslan Jamaluddin menghalang percubaan Pemain PDRM, Mohd Razie Rahim (dua kiri) dalam pada saingan Piala Razak ke-55 di Stadium Azlan Shah, Ipoh. – Foto Abdullah Yusof

Pemain itu berkata bahawa dia ingin membabitkan diri dengan kerja-kerja melahirkan lebih ramai penjaga gol berkaliber.

Roslan mewakili Malaysia sejak Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 di mana skuad negara meraih pingat perak.

Bekas pelajar Sekolah Anderson, Ipoh itu juga pernah beraksi dalam kejohanan utama seperti Trofi Juara-juara, Sukan Asia, Piala Asia dan Piala Juara Asia.

berita harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini