KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam gempa bumi 7.3 skala Richter yang melanda Iran, semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan sebentar tadi menyebut, semua rakyat Malaysia yang berada di Iran, selamat berikutan tiada yang tinggal di sekitar atau berdekatan kawasan terjejas.

“Kedutaan Malaysia di Tehran akan memantau perkembangan insiden itu.

“Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kedutaan Malaysia di Tehran melalui talian +9821 88072444, +9821 88078606 atau e-melĀ mwtehran@kln.gov.my,” katanya.

Kementerian Luar juga melahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga mangsa bencana alam itu.

Gempa kuat yang berlaku di sempadan Iran-Iraq berhampiran wilayah Kermanshah itu setakat ini mengorbankan lebih 300 orang dan menyebabkan hampir 4,000 penduduk cedera.

berita harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini