BAGHDAD: Jumlah kematian gempa bumi di Kermanshah, Iran, iaitu wilayah berhampiran sempadan Iraq, meningkat kepada 61 mangsa setakat ini.

Menurut pihak berkuasa dan media tempatan, daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya empat mangsa dilaporkan terkorban di Iraq.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi dengan 7.3 magnitud.

Sementara pegawai Meteorologi Iraq melaporkan ia mempunyai kekuatan 6.5 magnitud dengan pusat gempa di Penjwin di wilayah Sulaimaniyah di kawasan Kurdistan, terletak di kawasan sempadan utama dengan Iran.

Beberapa pegawai kesihatan Kurdis turut memaklumkan sekurang-kurangnya empat terbunuh di wilayah itu manakala 50 lagi mangsa cedera.

Kawasan Darbandikhan terletak 75 kilometer di timur bandar Sulaimaniyah di wilayah Kurdistan mengalami kemusnahan paling teruk.

“Lebih 30 orang cedera di kawasan itu. Situasi kini amat kritikal. Hospital utama di daerah ini rosak teruk dan tiada bekalan tenaga kuasa.

“Justeru mangsa cedera dibawa ke Sulaimaniyah untuk menerima rawatan,” kata Menteri Kesihatan Kurdis, Rekawt Hama Rasheed. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini