DBP boleh heret ke mahkamah

0
6

Alor Setar: “Jika ada pihak ingkar selepas diberi teguran, DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) berkuasa untuk mengheret mereka ke mahkamah,” tegas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan cadangan kementerian untuk membentuk Jawatankuasa Kabinet khusus Bagi Memperkasa Bahasa Malaysia (BM).

Beliau berkata, jawatankuasa itu apabila dibentuk nanti akan memastikan BM sentiasa diutamakan dalam setiap sektor di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengerusikan jawatankuasa itu bagi memudahkan setiap arahan dan pelaksanaan bagi arah memperkukuhkan lagi BM.

Katanya, kertas kerja mengenai perkara itu akan dibentangkan dalam beberapa minggu lagi untuk mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

“Antara yang akan dibincangkan dalam jawatankuasa ini kelak ialah mewujudkan akta penguat kuasa undang-undang yang akan diberikan kepada DBP yang selama ini hanya menjadi tempat rujukan bahasa dan menasihati.

“Sekiranya diluluskan di Parlimen, DBP boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak mengutamakan BM, contohnya apabila berkunjung ke laman sesawang, BM mesti nombor satu diikuti bahasa lain,” katanya selepas Wacana Intelektual Bersama Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Darul Aman dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

Beliau berkata, kementeriannya akan bertindak sebagai urus setia jawatankuasa itu yang akan membabitkan kerjasama beberapa kementerian lain bagi melancarkan pelaksanaannya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini