HANOI: Vietnam dan China bersetuju untuk berundur daripada konflik Laut China Selatan, dalam langkah untuk mengurangkan ketegangan terhadap tuntutan Beijing di laluan perairan itu.

Dalam kenyataan bersama, ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping hari ini, Hanoi dan Beijing sepakat untuk mengekalkan keamanan di laut terbabit.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengurus pertikaian di laut dengan tidak mengambil langkah yang boleh merumitkan atau memanjangkan pertikaian, sekali gus mengekalkan kedamaian serta kestabilan di Laut Timur,” kata jurucakap kerajaan Vietnam.

Ketegangan memuncak awal tahun ini ketika Vietnam bertindak menggantung projek penerokaan minyak di kawasan pesisir yang didakwa China sebagai miliknya.

Perselisihan bermula pada 2014, apabila Beijing memindahkan pelantar minyak ke perairan yang dituntut Vietnam sebagai miliknya. Insiden itu mencetuskan bantahan berminggu-minggu lamanya. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini