‘Baby L’ pengikat kasih Lufya, suami

0
5

KUALA LUMPUR: Pelakon Lufya Omar selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, pada jam 6.32 petang semalam.

Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Lufya memberitahu, bayi seberat 3.39 kilogram yang hanya diperkenalkan sebagai ‘Baby L’, disambut doktor peribadinya dengan dibantu suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

“Alhamdulillah, syukur puteri ‘Baby L’ selamat dilahirkan secara normal. Anak kami berada dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.

“Terima kasih Dr Arifah yang dibantu suami menyambut kelahiran ‘Baby L’ dengan baik,” katanya.

Lufya turut meluahkan rasa terharu kerana suaminya memberi sokongan ketika berada dalam bilik bersalin.

“Daddy dah macam pasukan sorak di bilik bersalin semalam. Untungnya Baby L, daddy sendiri yang potong tali pusatnya. Amboi… Anak daddy sangat!” katanya.

Sementara itu, Lufya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti berdoa dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Terima kasih kepada seluruh keluarga saya dan suami yang tidak putus-putus mendoakan. Tidak lupa juga kepada sahabat, penyokong industri dan pengikut yang memberi kata-kata semangat,” katanya.

Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November tahun lalu.

bharian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini