MANILA: Negara di Asia Tenggara tidak akan mengambil kesempatan di atas ketenangan dalam perbalahan berhubung Laut China Selatan, menurut deraf kenyataan yang akan disiarkan ketika sidang kemuncak di ibu kota Filipina hari ini.

Kenyataan itu akan disiarkan selepas pertemuan antara China dan 10 negara anggota ASEAN di Manila, kata sumber diplomatik.

“Walaupun keadaan lebih tenang kini, kita tidak boleh mengambil kesempatan.

“Adalah penting bagi kita bekerjasama mengekalkan keamanan, kestabilan, kebebasan belayar dan terbang di ruang udara Laut China Selatan yang selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Menjadi kepentingan bagi kita mengelakkan salah perkiraan yang membawa kepada peningkatan ketegangan,” menurut deraf berkenaan.

Hampir keseluruhan Laut China Selatan, antara laluan air paling sibuk di dunia, dituntut China. Taiwan dan empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei, turut menuntut wilayah di laut itu.

Pemimpin China, Amerika Syarikat dan tujuh negara lain menyertai sidang kemuncak tahunan ASEAN kali ini.

Presiden Donald Trump, semalam berkata beliau sedia menjadi orang tengah menyelesaikan perbalahan itu.

– Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini