COPENHAGEN: Republik Ireland dan Denmark terpaksa berpuas hati terikat tanpa jaringan pada aksi pertama pusingan playoff kelayakan Piala Dunia, sebentar tadi.

“Walaupun kami berpeluang untuk dapatkan jaringan di tempat lawan, keputusan seri ini akan sentiasa dilihat sebagai keputusan yang positif.

“Berbanding sebelum perlawanan, Piala Dunia dirasakan semakin hampir,” kata pemain tengah Ireland, Harry Arter.

PEMAIN Ireland, Shane Duffy (kiri) dan Cyrus Christie mengasak pemain Denmark, Nicolai Joergensen (tengah) pada aksi palyoff kelayakan Piala Dunia 2018 di Copenhagen, sebentar tadi. – Foto EPA-EFE

Pada perlawanan itu, tuan rumah dua kali hampir meraih jaringan tetapi rembatan Pione Sisto di babak pertama tidak menepati sasaran manakala tandukan Yussuf Poulsen diselamatkan penjaga gol lawan, Darren Randolph.

Pengendali Denmark, Age Hareide sekadar meletakkan Nicklas Bendtner di bangku simpanan dan beri kepercayaan kepada Nicolai Jorgensen.

PENYERANG Denmark, Christian Eriksen (kanan) dikekang dua pemain Ireland pada aksi palyoff kelayakan Piala Dunia 2018 di Copenhagen, sebentar tadi. – Foto EPA-EFE

Kini Republik Ireland yang dikendalikan Martin O’Neill betapa pasukannya tiada pilihan lain kecuali memastikan kemenangan pada aksi timbal balik di Dublin, awal pagi Rabu ini, bagi mengesahkan penampilan kali pertama di Piala Dunia sejak 2002.

Terdahulu, kesilapan dilakukan pertahanan Ireland, Ciaran Clark membuka peluang kepada Christian Eriksen namun ketika pintu gol pelawat sudah terbuka luas, tindakan Sisto pula tidak tepat ke sasaran.

Selepas aksi bersambung, Ireland terus menekan Denmark dengan menyaksikan Hareide memasukkan Bendtner untuk memburu bekalan gol sebelum aksi kedua di Lansdowne Road.

Sebaliknya, usaha yang dilancarkan oleh kedua-dua nyata tidak berjaya menghasilkan sesuatu untuk kedua-duanya berpuas hati terikat tanpa jaringan. – AFP

PEMAIN Denmark, Nicolai Joergensen (kiri) bersaing dengan pemain Ireland, Callum O’Dowda pada aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2018 di Copenhagen, sebentar tadi. – Foto EPA-EFE

AKSI penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel (kiri) ketika menentang Ireland pada saingan playoff di Stadium Parken, sebentar tadi. – Foto Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini