RCI: Daim Tidak Tahu Bank Negara Jalankan Urus Niaga Forex

0
27

Putrajaya – Tun Daim Zainuddin berkata beliau tidak mengetahui bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan urus niaga pertukaran wang wang asing (Forex) sepanjang menjadi Menteri Kewangan pada 1984 hingga 1991.

Menurut Daim,  beliau tidak mempunyai obligasi untuk memantau perjalanan atau operasi BNM.

“Bank Negara Malaysia bebas daripada kawalan dan operasi. Menteri Kewangan tidak mempunyai sebarang obligasi untuk memantau BNM.

” Saya tidak tahu mengenai kerugian yang dialami oleh BNM berjumlah RM772.3 juta pada 1988 dan RM2.259 bilion pada 1989 akibat urus niaga forex,”  katanya ketika memberikan keterangan pada prosiding Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) di Istana Kehakiman di sini hari ini.

RCI itu diadakan bagi menyiasat kerugian besar yang dialami oleh BNM akibat urus niaga pertukaran Forex yang berlaku sekitar awal 90-an.

Daim merupakan saksi ke-23.

Daim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991.

Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Menteri Kewangan pada Januari 1999 hingga meletak jawatan pada 31 Mei 2001.

Beliau berkata, ketika itu Ketua Audit Negara tidak pernah membawa ke pengetahuannya mengenai pemerhatian Jabatan Audit terhadap urus niaga Forex yang dijalankan terhadap BNM.

“Tan Sri Jaffar Hussein sebagai Gabenor ketika itu tidak pernah mengadakan perbincangan dengan saya mengenai forex.

” Oleh itu saya tidak pernah berbincang dengan Perdana Menteri mengenai urus niaga forex ketika itu,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini