Berapa ramai perlu mati syahid, kita sebenarnya bangang kata Naz

0
157

Semua warganegara menganggap kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftiqiyyah sebagai tragedi hitam yang melanda Malaysia.

Sehingga kini punca kebakaran masih disiasat selain daripada tong kuning yang berada di luar pintu pelajar-pelajar di tingkat tiga.

Dalam pada pelbagai pihak sedang memerhati perkembangan siasatan pengacara Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) Nazrudin Rahman memuat naik posting yang viral di laman sosial apabila menyifatkan kejadian ini sepatutnya dijadikan pengajaran bahawa pentingnya aspek keselamatan sebelum ia berulang kali.

Namun ayat yang digunakan Naz agak pedas iaitu.

“Berapa banyak lagi yang perlu mati syahid sebelum kita sedar yang kita sebenarnya bangang tak makan saman,” tulisnya di Twitter.

Postingnya itu ditulisnya selepas Pengetua pusat tahfiz tersebut Muhammad Zahid Mahmod berkata kematian lebih 20 pelajarnya dianggap sebagai syahid.

Pada Naz, tujuan pelajar tersebut ke situ adalah untuk menuntut ilmu dan bukannya berakhir dengan kematian hanya kerana kecuaian pusat itu.

Baginya lagi, pengetua pusat tersebut perlu dikenakan tindakan yang setimpal kerana menguruskan tahfiz tanpa mematuhi aspek keselamatan. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini