Sumbat macam ayam, sekolah tahfiz pembunuh kata netizen

0
1572

Tatkala semua warganegara pelbagai kaum menyatakan keprihatinan, di atas insiden yang berlaku kepada Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang dijilat api pagi tadi dan mengorbankan lebih 20 pelajarnya, posting sekrang pengguna Facebook ini menarik perhatian.

Dengan menggunakan nama Muhammad Azree Abdul Aziz dalam postingnya menganggap kebakaran yang berlaku pagi tadi adalah berpunca daripafa sikap pengurusan tahfiz yang tidak mengutamakan aspek keselamatan sebaliknya.

Muhamad Azree turut menyifatkan tahfiz tersebut sebagai pembunuh semua mangsa.

“Dah terbakar kau jangan nak salahkan sesiapa. Kalau dah sayu dorm tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam. Dengan kelulusan keselamatan pun kau tak ambil peduli, yang jadi mangsa budak-budak. Yang mak bapak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau “Oh anak aku ahli syurga”. Pala bana butohlah. Pengajaran sekolah tahfiz membunuh,” katanya.

Lebih buruk, beliau juga menganggap ibu bapa kesemua pelajar tahfiz tidak mempedulikan aspek keselamatan yang sepatutnya menjadi topik utama sebaliknya kerana yakin anak mereka ahli syurga.

Pengguna Facebook itu dipercayai telah memadam akaunnya apabila MyMassa tidak menjumpa namanya dan postingnya. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini