Saya malu tapi terdesak kata isteri OKU rayu sumbangan (Video)

0
1296

Kuala Lumpur – Dasuki Johar atau lebih dikenali sebagai Dasuki Skate merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) berhadapan dengan cabaran hidupnya apabila mendakwa dianiaya oleh rakannya sendiri.

Beliau yang sebelum ini menggunakan bakat melukis bagi mencari pendapatan direman di Penjara Sungai Buloh kerana didakwa mencabul anak tiri kepada rakannya yang dikenali sebagai Meor.

Isteri kepada ‘Dasuki Skate’ yang dikenali sebagai Sumaiyah Ghazali 38, yang juga merupakan seorang OKU mengharapkan simpati orang ramai untuk menjamin suaminya.

Sumaiyah yang terdesak meraih simpati ini berkata beliau buntu dan tidak tahu untuk masa depannya tanpa kehadiran suami disisi.

“Sebab saya tidak tahu di mana lagi saya nak cari punca pendapatan saya terfikir kalau suami saya didakwa masuk dipenjarakan apa nasib saya.

“Saya kalau boleh tidak suka mengemis saya betul-betul terdesak sangat.

“Setelah dasuki direman, saya tidak tahu mahu teruskan hidup saya tanggung beban saya saya betul-betul terdesak,” katanya ketika ditemui MassaTV.

Beliau dalam pada itu menceritakan bahawa rakan suaminya itu cuba memfitnahnya kerana berang tidak lagi dapat bekerja bersama-sama mereka kerana ‘kantoi’ menipu.

Beliau nyata tidak dapat menahan perasaan marahnya kepada ‘Meor’ yang disifatkannya ‘bagai kacang lupakan kulit’ kerana sanggup menuduh suaminya hanya selepas bantuan yang diberikan pasangan suami isteri itu.

“Saya kenal mangkuk ini Meor dengan bini dan anaknya dua orang, anak tirinya perempuan. Kita kenal dekat Sogo, abang melukis macam biasa lepas tu mereka ini perhatikan di tangga.

“Alih-alih dia dekati kami, tengok lukisan abang. Kenal borak macam biasa, dia cerita kesusahannya bilnya tertunggak, saya pun kata kat dia saya simpati… Kita tolong bayar dulu bil tertunggak RM200.

“Kes ini bermula selepas dia dipecat, dia marah. Dia buat laporan kata suami saya cabul anaknya,” ujarnya lagi.

Dasuki sebelum ini dikenali ramai bukan sahaja warga negara bahkan juga pelancong kerana bakatnya melukis di Bazar Karat di Johor Bharu.

Sebagai penghargaan bakat yang dimilikinya, seorang pelancong luar negara pernah menghadiahkannya kerusi roda.

Dasuki yang dilahirkan tidak mempunyai kaki berasal dari Felda Air Tawar 3 kota Tinggi Johor.

Dasuki Skate adalah nama jolokan yang diberikan kepadanya ketika melukis di Kuala Lumpur hampir 10 tahun yang lalu.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan di Bank Maybank di akaun Dasuki Johari (162384953715). – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini