26 C
Kuala Lumpur, MY
Sunday, September 24, 2017
Utama Hiburan Nedim Nazri dilarang berjumpa dengan anaknya

Nedim Nazri dilarang berjumpa dengan anaknya

0
75

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kekecewaan suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri yang dilarang bertemu dengan anak tunggalnya, Mohamed Nedrin atau Dre hasil perkahwinan pertamanya diluahkan lelaki itu dalam laman sosial Instagram peribadinya.

Dalam nada sedih, Nedim memberitahu, dia reda dan menyerahkan semuanya kepada Allah atas tindakan mereka yang cuba menjauhkan dia daripada anaknya itu.

Dalam masa sama, Nedim turut menasihati pihak yang bertanggungjawab agar tidak merosakkan kebahagiaan miliknya.

“Hidup kena bersyukur dan bahagia, apabila tidak bahagia, jangan kita mengambil kebahagiaan orang lain dan cuma membuatkan mereka tidak bahagia macam kamu,” kata Nedim dalam laman sosialnya.

Sementara itu, dalam perkongsian terbarunya, Nedim bersama Nora merakamkan foto mereka di mahkamah dalam usaha menuntut hak penjagaan anaknya.

Dalam kapsyen yang dimuat naik, Nedim menjelaskan keyakinannya bahawa Dre seharusnya berada dalam jagaan dia dan bekas isterinya.

“Kepada anak saya Nedrin, ayah mahu awak kuat, ayah mahu awak sihat dan gembira. Hanya Allah mengetahui betapa ayah merinduimu. Tapi tidak mengapa, ayah berjanji tidak akan merosakkan nama baik kamu ke dalam masalah ini, tetapi ayah lakukan ini setelah tidak diberi peluang untuk menghubungi dan bercakap dengan kamu.

“Hari ini adalah hari pertama ayah ke mahkamah dan berjanji apa yang ayah mahu ialah separuh hak penjagaan untuk meluangkan masa bersama kamu. Ayah tidak meminta hak penjagaan penuh kerana ayah tahu yang terbaik untuk kamu untuk dibesarkan dengan kasih sayang ibu dan bapa. Ayah datang bersama ahli keluarga lain untuk bertemu kamu, kami semua merindui Dre.

“Hari ini Ayah sangat lega untuk mengetahui semua pihak tahu yang apa yang diharapkan adalah perkongsian hak penjagaan tidak kurang dan lebih. Apa juga keputusan mahkamah kelak, ayah ada bukti yang ayah sudah memperjuangkan perkara ini,” kata Nedim kepada anaknya itu.

Dre merupakan anak Nedim atau lebih dikenali sebagai Bosned dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan.

Mereka bernikah pada 2011 dan berpisah dua tahun kemudian. – UTUSAN ONLINE

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini