26 C
Kuala Lumpur, MY
Sunday, September 24, 2017
Utama Semasa Maut di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres

Maut di tempat kejadian selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres

0
19
KEADAAN kereta Proton Persona yang remuk selepas bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 34 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Sungai Baging di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN

KUANTAN 11 Sept. – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Persona dipandunya terbabas dan bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 34 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Baging di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi itu, Chen Sek Yee, 29, berasal dari Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Mohd. Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, kenderaan dipandu mangsa yang dalam perjalanan menghala ke Kuantan dari Kemaman, Terengganu dipercayai terbabas sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas ekspres itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini