PAS bersedia jadi kerajaan pemerintah kata Nasrudin

0
38

Kuala Lumpur – Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengerahkan seluruh ahlinya supaya bersedia untuk menjadi kerajaan pemerintah selepas PRU ke-14 yang akan datang.

Dalam satu catatan di Facebook, menurutnya, keyakinan untuk membentuk sebuah kerajaan itu berdasarkan amalan politik matang dan sejahtera yang diterapkan oleh parti itu.

“PAS bersama Gagasan Sejahtera sedang mengorak langkah ke gerbang pilihanraya umum ke-14 dengan siap dan sedia untuk memenangi kerusi yang ditandingi. Galas tanggungjawab membina negara berkebajikan, sejahtera dan maju bersama Islam.

“Minda, spiritual dan fizikal pimpinan PAS, ahli dan seluruh penyokongnya perlu diletakkan dalam posisi “government in waiting”.

“Justeru itu, PAS menggagaskan budaya politik matang dan sejahtera dalam pendekatan dan gerak kerja parti,” kata Nasrudin dalam satu catatan Facebook hari ini.

Setelah keluar daripada Pakatan Rakyat, PAS kini sebahagian daripada gabungan kuasa ketiga bersama Parti Ikatan Negara (IKATAN).

Terdahulu, parti itu mengumumkan mahu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen dan menawan lima kerajaan negeri pada PRU akan datang

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini