Korban haiwan tidak bermoral kata Siti Kassim

1
2596

Siti Kasim kata korban Aidil Adha tidak bermoral, netizen desak JAWI bertindak

Hari Raya Aidiladha seminggu yang lalu, aktivis sosial Siti kasim tidak melepaskan peluang untuk membuat ucapan yang dimuat naik di laman akaun Facebooknya pada awal September yang lalu.

Antara ucapannya yang menjadi kontreversi dan mengundang kecaman netizen apabila berkata al-Quran tidak pernah mengatakan bahawa Tuhan menyuruh Ibrahim untuk mengorbankan anak lelakinya.

Katanya lagi korban bukanlah rukun Islam. Islam selain menambah bahawa redha Allah tidak akan dapat diraih semata-mata dengan menawarkan nyawa lain dari cara mengorbankan haiwan yang disifatkannya tidak bermoral.

Bagi Siti Kelembai, Jabatan Agama Islam Wilayah Perselutuan (JAWI) perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada aktivis ini kerana menghasut orang Islam agar tidak mempercayai agama.

“Pihak #jawi Tak boleh buat apa-apa ke Kat perempuan yangg tak reti bersyukur Ni…Jabatan Agama Islam ke….Ni dah macam memfitnah dan menghasut orangg lain untukk tidak percaya kepada agama Allah dan Rasul…Ya Allah kau bisu Dan pekak Kan laa si siti Kassim Ni…atau rosak Kan laa paru-parunya sebab tak bersyukur setiap saat menyedut Udara mu Ya Allah..contoh manusia yang tidak malu dengan Pencipta,” katanya.

Tindakan Siti yang mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan agama diharap oleh Rus Mie agar dapat membuka mata JAWI.

“Kenape Jabatan Agama Islam mendiamkan diri. Dah bnyak kali dah dia ni buat hal menghina ugama islam. Masih tak ada pun yang nak ambil tindakan. Jangan sampai dia ni menghasut anak-anak muda kita,”katanya.

Mohd Ermi Dzulkifli dalam masa yang sama mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Siti.

“Kerajaan Malaysia perlu ambil tindakan. Plz laaa…tolong support (dokong) Islam ….kata negara Islam. …semoga Allah membantu kami yang lemah ini yang mampu memberi pendapat yang bernas,” katanya.

UmmiZahra Hj Mohd Amir yang bersimpati terhadap Siti pula mendoakan agar wanita itu sedar dan mendapat hidayah.

“Kesian dia, tak jumpa jalan hidayah…semoga Allah bukakan hatinya untuk dia nampak satu satu jalan syariat bukannya kesesatan… kami umat Islam mendoakan mak cik ya,” katanya.

1 komen

  1. Alang kah daifnya kenyataan Siti yg dikatakan berjawatan peguam tapi
    buta dari segi ilmu agama. Kata Siti mengorbankan haiwan ada lah amalan
    tidak bermoral itu kata Siti yg sudah menyimpang terlalu jauh yg boleh
    boleh menjadi murtad. Tahu kah Siti
    mewajibkan haiwan disembelih ikut cara
    Islam ada sesab sebabnya. Sembelih secara islam ada syarat syaratnya jika haiwan itu haram dimakan. Ada kah Siti sudah menuntut ilmu agama islam atau hanya buat teori menganggapkan mengorbankan haiwan dg disembelih pada hari raya idil adha itu tidak bermoral hanya rekaan? Jika itu lah yg dianggap oleh Siti saya kira eloklah Siti bertaubat jika tidak padahnya akan kesesatan selama lama hingga mati. Jangan ingat orang muda tak mati. Mana tahu entah esok atau lusa Siti akan dijemput oleh Allah akhirnya kerugian dialam barzah dan sudah tentu kerugian dialhirat.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini