Amoi’ mengamok MPSJ kunci tayar kereta (Video)

0
2365

Kuala Lumpur – Berang tayar keretanya dikunci, seorang wanita mengamok dan menengking seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang bertugas kerana tidak berpuas hati.

Berdasarkan rakam klip video berdurasi 1:37 saat itu, wanita yang memakai baju merah jambu dan berseluar hitam itu dilihat seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tindakannya meletakkan kereta untuk membeli makanan adalah perbuatan yang salah.

Beliau kemudiannya menjerit-jerit sambil memberikan alasan meletakkan kenderaan tersebut untuk tujuan membeli makanan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sambil mempertikaikan tindakan tersebut sambil memegang pengunci stering.,

“Salahkah?? Salahkah?

“You (awak) lelakikah? Siapa yang salah, perempuan yang salah atau lelakikah yang salah? Saya beli makanan untuk OKU salahkah?

“Salahkah? You beritahu saya salahkah? kalau salah kenapa claim (kunci tayar) kereta saya),” kata wanita di dalam video itu.

Penguatkuasa, yang bertugas itu kemudiannya menjelaskan tanggungjawabnya menjalankan tugas berdasarkan kesilapan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Pertelingkahan mereka berdua berterusan apabila wanita itu mendakwa bertindak demikian kerana gagal menemukan ruang meletakkan kenderaan berpetak.

“Restoran ini tidak ada tempat letak kereta jadi saya letak di sini cepat-cepat,” tambahnya.

Beberapa kali wanita itu menggunakan hujahnya mahu membantu OKU untuk meneruskan pergaduhan dengan penguatkuasa tersebut. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini