KJ ketuai demo bantah genosid Rohingya Esok

0
52

KUALA LUMPUR – Pergerakan pemuda Umno, bersama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional lain, serta beberapa NGO lain hari ini dengan tegas membuat desakan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, desakan dan kecaman itu berkenaan krisis kemanusiaan yang berlarutan melanda ratusan ribu manusia dari kalangan etnik Rohingya di Myanmar.

“Kami sebulat suara terus mengecam tindakan genosid dan tidak berperikemanusiaan oleh pihak dan institusi berkuasa ke atas etnik Rohingya di wilayah Rakhine yang bertambah buruk sejak dua minggu lalu.

Melalui sidang media tergempar di PWTC hari ini, Khairy turut menyatakan sokongan terhadap gesaan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebelum ini yang mahu penyelesaian daripada PBB berkenaan isu tersebut.

“Kami menyokong gesaan perdana menteri agar Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres supaya mencari pendekatan terbaik bagi menyelesaikan konflik berdarah ini secara keseluruhan.

“Oleh itu, kami sekali lagi menegaskan bahawa penyelesaian jangka panjang perlu dirancang dan dilaksanakan serta-merta, bermula dengan sidang media tergempar PBB.” kata Khairy.

Pergerakan pemuda Umno, bersama dengan parti-parti komponen Barisan Nasional lain, serta beberapa NGO lain hari ini membuat sesi mesyuarat tergempar berkenaan isu Rohingya sebagai respon kepada insiden pada 25 Ogos lepas di mana lebih 400 rumah dibakar serta ratusan orang Rohingya yang dibunuh dan dibakar.

Sehubungan itu, satu demonstrasi sebagai bantahan terhadap isu itu akan dilakukan esok, di hadapan Wisma PBB dan pejabat Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.-MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini