Jamal ajak Ambiga, Maria Chin demonstrasi Rohingya

0
23

KUALA LUMPUR – Meskipun pernah berseteru dalam satu demonstrasi sebelum ini, Jamal Md Yunus mahu bersama-sama dengan Ambiga dan Maria Chin dalam satu demonstrasi yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

Jamal membuat ‘jemputan’ tersebut berikutan ‘pengalaman’ penganjuran serta penglibatan dua watak penting dari NGO BERSIH tersebut dalam beberapa siri demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun yang lepas.

“Dulu yang mana beratus ribu, baju kuning BERSIH ini yang patutnya bersama kita berdemo esok. Pakai baju kuning pun tak mengapa, saya pakai baju merah. Biar dia pakai baju kuning. Kita lupakan dulu fahaman politik untuk capai matlamat(kemanusiaan).

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersama dengan pelbagai pertubuhan lain, sebagai bantahan terhadap penghapusan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar.

“Saya bersedia, kalau Ambiga keretanya rosak di tengah jalan, saya pergi ambil dia,” tambahnya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.-

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini