BNM mengalami kerugian hampir RM33billion

0
45

PUTRAJAYA – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz mendedahkan jumlah ker­ugian yang dialami bank pusat itu dalam urus niaga berkaitan mata wang asing (forex) bagi tahun 1988 hingga 1994 berjumlah RM32.074 bilion.

Angka tersebut diperoleh berdasarkan Laporan Pe­ngolahan Akaun Terhadap Kerugian Akibat Pengurusan Rizab Aktif 1988-1994 yang bertarikh 18 April 2007.

“Bermula tahun 1994, semua keuntungan dan ker­ugian sebenar ditunjukkan dalam Akaun Untung Rugi BNM dan amalan perakaunan tersebut dipraktikkan sehingga ke hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada prosiding hari kelima Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Menyiasat Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an di Mahkamah Rayuan di sini semalam.

Bekas gabenor BNM terbabit yang merupakan saksi ke-16 memberitahu panel enam ahli itu yang bank pusat berkenaan menanggung kerugian berjumlah RM35.009 bilion mulai 1988 hingga 1994 akibat perdagangan forex, kecuali keuntungan yang diperoleh pada tahun 1990 berjumlah RM2.473 bilion. -Kosmo

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini