Aliff Syukri dikecam kaya tapi pendek akal

0
144
Baru-baru ini viral di laman sosial berkenaan niat pengasas produk D'Herbs l, Datuk Aliff Syukri yang mahu memiliki senjata api

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini viral di laman sosial berkenaan niat pengasas produk D’Herbs l, Datuk Aliff Syukri yang mahu memiliki senjata api.

Hasratnya itu kemudianya dikongsikan di laman Instagram menerusi sekeping gambar yang dimuat naik pada Isnin lalu yang menunjukkan beliau membimbit sebuah beg ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Namun Aliff dikritik oleh netizen di laman Facebook yang menyifatkan pengasas D’Herbs itu mempunyai akal yang tidak berfikir panjang apabila secara umum ‘menayang’ kemahuannya.

“Tak pernah lagi aku tengok orang kaya bagi tahu dalam sosial media yang dia ada pistol. Bila dah bagi tahu macam ni, macam dah bagi hint (bayangan) kepada penjenayah yang dia dah ada senjata sendiri, plus (tambahan) cakap tak pakai pengawal peribadi. Allahu. Kaya tapi pendek akal.Speechles..,” kata Faris Lee.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap bahawa senjata tidak akan mampu menjamin keselamatan melainkan memohon dilindungi oleh Tuhan.

“Ada pistol pun belum tentu selamat, yang paling selamat sentiasalah bermohon kepada Allah tempat kita meminta,” menurut Abdul Rahim Ismail.

Maryam Annuar pula bimbang Aliff tidak tahu menggunakan senjata api dan akan tersasar membuat tembakan kelak.

“Risau pulak aku dia nak pegang pistol. Pegang kucing pun menggelibar kucng tu tak reti diam. Silap masa dia pegang pistol habis semua kena tembakan rambang masa dia melatah.. Aduh risau kakak dik,” katanya. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini