60 Rumah hangus terbakar, penghuni tinggal sehelai sepinggang.

0
16

TAWAU: Sekurang-kurangnya 350 penduduk hilang tempat tinggal akibat kebakaran yang memusnahkan lebih 60 rumah di Kampung Titingan, dekat sini, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum api merebak dengan cepat dan memusnahkan puluhan lagi rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Difahamkan, kebanyakan mangsa sedang tidur ketika kejadian dan gagal menyelamatkan harta benda menyebabkan sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Susulan kebakaran besar itu, seorang lelaki berusia 82 tahun dikenali sebagai Sabon Ola, pengsan dan dikejarkan ke Hospital Tawau, namun dilaporkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata bomba menerima panggilan pada jam 12.55 tengah malam dan mengerahkan 26 anggota bersama empat jentera ke lokasi.

Katanya, empat anggota dari Balai Bomba Kunak turut dihantar ke lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Bomba tiba di lokasi kebakaran pada jam 1 pagi dan operasi dapat dikawal kira-kira jam 2.28 pagi sebelum ditamatkan pada jam 4.03 pagi.

“Kebakaran membabitkan kira-kira 60 rumah papan berkeluasan 0.4 hektar yang terbakar 100 peratus,” katanya. – Berita Harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini