27.5 C
Kuala Lumpur, MY
Saturday, December 16, 2017
Utama Berita Am Yang tidak dapat jawab soalan Memali tidak patut marah – Hadi Awang

Yang tidak dapat jawab soalan Memali tidak patut marah – Hadi Awang

0
10

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Pihak yang tidak dapat menjawab berkenaan peristiwa hitam Memali tidak sepatutnya marah.

Itu penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merujuk insiden kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 anjuran Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Ahad lalu.

Kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan jawapan Presiden PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai insiden Memali yang ditanya salah seorang hadirin tidak memuaskan hati.

“Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan.

“Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” jelas Abdul Hadi dalam posting terbaharu ‘Memali: Kecoh Nothing To HIde 2.0 di Facebook beliau hari ini.

Jelas Abdul Hadi ramai yang melemparkan batu menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam itu.

Tegas beliau, tidak guna mengungkit sejarah hitam tanpa bertaubat dan meminta maaf.

“Pas hanya menyebut pepatah Arab yang berbunyi, “Dia yang memukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang menzalimi saya, dia pula yang mengadu”.

“Tiada guna mengungkit cerita lama sejarah hitam itu tanpa bertaubat dan meminta maaf sekiranya bersalah dan tanpa membetulkan keadaan dengan membayar yang perlu dibayar dan mengganti yang perlu diganti,” kata Abdul Hadi.

Dalam insiden yang menyebabkan kerosakan Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam, Selangor bernilai RM15,000 itu seramai tiga individu berusia 17 hingga 19 tahun ditahan reman untuk siasatan bermula semalam.-UTUSAN ONLINE

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini