27.5 C
Kuala Lumpur, MY
Saturday, December 16, 2017
Utama Berita Am POCA berjaya turunkan indeks jenayah 47 peratus

POCA berjaya turunkan indeks jenayah 47 peratus

0
22

PUTRAJAYA 15 Ogos – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, indeks jenayah di negara ini berjaya diturunkan sebanyak 47 peratus sejak Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 dikuatkuasakan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, negara juga telah mencapai tahap keselamatan yang terkawal iaitu bebas daripada ancaman jenayah kekerasan yang ketara.

“Terbukti penggubalan POCA telah mencapai matlamat untuk menambah baik undang-undang sedia ada bagi mencegah dan mengawal gengsterisme, jenayah berat dan jenayah terancang mengikut perkembangan semasa.

“Menurut analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM), penurunan indeks jenayah khususnya jenayah kekerasan adalah disebabkan pelaksanaan POCA,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran buku POCA: Nafas Baharu Banteras Jenayah yang merupakan buku hasil nukilan beliau di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini