Kes beli hotel, SPRM tahan Isa Samad

0
33

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad bagi membantu siasatan pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel berkenaan oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, penahan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam pasukan penyiasat  berhubung pembelian hotel berkenaan.

“Justeru itu, SPRM yakin mempunyai  asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes,” katanya. – BH Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini