Bos Mydin pakai tali leher berharga RM12.90 sahaja

0
31

Subang Jaya – Sekalipun berharga RM12.90, tali leher pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tetap nampak mahal.

Datuk Dr Ameer Ali Mydin, 61, tidak malu mengaku tali lehernya bukan jenama mahal tetapi tetap nampak bergaya.

“Ini ‘tie’ (tali leher) Mydin, ‘brand’ Titan. Harganya hanya RM12.90. Ada dijual di bawah (Pasaraya Mydin). Orang tengok, mungkin orang ingat jenama mahal kan sebab ada yang tak pernah dengar jenama ni.

“Kalau dibungkus kemas-kemas, orang akan kata cantik dan mahal. Tapi, sebenarnya ada dijual di Mydin. Cuma, kalau letak jenama Mydin, orang katalah murah. Bila letak nama Titan macam ni, orang pun tak tahu ia jenama mahal atau murah,” katanya.

Beliau berkata banyak jenama ada di pasaran pada masa ini dan sesetengah peniaga hanya menjual “jenama” dengan mahal.

Katanya ramai mungkin menyangka “Titan” jenama mahal kerana mereka tidak pernah mendengar nama tersebut.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu percaya tidak semestinya memakai barang mahal dan berjenama untuk tampil cantik dan bergaya.

Dr Ameer mengakui beliau dididik mengamal kehidupan sederhana sejak kecil.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini