Banjir: 9 sekolah ditutup di Sabah

0
16

Kota Kinabalu – Sembilan sekolah di 4 daerah di Sabah ditutup hari ini akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata sebanyak 3,806 murid tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran pada hari ini akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Kota Belud.

Beliau berkata 3 sekolah di Kota Kinabalu terlibat banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Darau, SK Kitobu dan SK Rampayan.

“Di Penampang, sekolah yang ditutup melibatkan SK Kem Lok Kawi, sementara 4 sekolah di Tuaran iaitu SK Lapotung, SK Rungus, SK Togop dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, Tenghilan serta sebuah sekolah di SK Timbang, Kota Belud,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penutupan sekolah akibat banjir itu turut melibatkan seramai 272 guru, katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini