Guru Malaysia jalani latihan Angkasawan di Amerika

0
63

KUALA LUMPUR: Kelas pengajian subjek sains akan lebih menarik  di sekolah SK ST Mary’s Kuching.Jun lalu, guru subjek Sains sekolah itu Suwiti Abd Ranee telah terlibat Program Pendidik Honeywell di Akademi Angkasa atau Honeywell Educator  at Space Academy (HESA) Programme untuk guru Sains yang dianjurkan bersama Pusat Angkasa dan Roket US ataupun US Space & Rocket Center (USSRC).

Bersama 14 orang lagi guru dari Malaysia, beliau telah melengkapkan 45 jam kelas dan uji kaji makmal berkaitan Sains dan eksplorasi di Alabama, Amerika. Mereka juga terlibat dengan latihan ala angkasawan seperti simulasi jet, misi berlatarkan senario di angkasa, cabarang kod, latihan survival laut dan darat  dan program interaktif pesawat dinamik.

“ saya fikirkan  ia sekadar sebuah program tertutup dimana hanya dilaksanakan di ruang dalam tetapi tidak dijangka kami diminta untuk melakukan latihan fizikal” kata Suwiti.

“boleh saya katakan di sini kami melalui  hampir 15% latihan yang dilalui seseorang angkasawan” tambah Suwiti.

Bagi memenuhi minat beliau yang suka mengajar Suwiti terus terjun ke bidang pengajaran Sains sebaik sahaja  tamat belajar daripada bidang Kejuruteraan Perisian. Awal tahun lalu beliau mendapat tahu mengenai program ini dan mengambil keputusan untuk memohon segera.

Menurut Suwiti proses permohonan tersebut tidaklah meyulitkan mahupun sukar, tetapi memerlukan beliau mengarang 3 esei berbahasa Inggeris berkenaan pengalaman beliau mengajar subjek Sains dan cabaran yang dihadapi sepanjang mengajar subjek tersebut. Suwiti dan 14 orang guru Sains yang lain yang menyertai HESA tahun 2016 dan 2017 telah diberikan pengiktirafan kerana telah berjaya menyempurnakan program latihan HESA disebuah majlis semalam.

Turut hadir untuk menyerahkan sijil dan uniform HESA adalah Professor Tan Sri Zakri Abdul Hamid penasihat bidang Sains kepada Perdana Menteri dan juga pengerusi bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

 

Sumber: nst online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini