cuaca buruk dijangka berterusan di utara Semenanjung

0
38
gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR : Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan sehingga pagi ini di beberapa kawasan di utara Semenanjung tanah air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, berkata cuaca buruk itu dijangka akan melanda Kedah membabitkan daerah Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran cuaca buruk turut dikeluarkan di negeri Pulau Pinang dan Perak (daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung serta Perak Tengah).

Sementara itu, ribut petir yang berterusan sehingga pagi ini dijangka melanda perairan Perlis, Selangor, Terengganu dan Sabah ( Kudat, Sandakan).

Ia termasuk perairan di Selat Melaka Utara, Condore dan Sulu.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, serta berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, untuk aktiviti perkapalan.

“Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket sehingga esok (5 Ogos).

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

-Berita Harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini