Akhirnya Kerajaan Pulau Pinang Tandatangani IBR

0
12
Lafaz ikrar yang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tambahan 10 langkah integriti di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini.

Lafaz ikrar yang diketuai Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Bagaimanapun, majlis berkenaan tidak disertai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana dipercayai mereka tidak menerima sebarang undangan rasmi daripada kerajaan negeri.

Dzulkifli berkata, beliau mengambil berat terhadap tindakan kerajaan negeri berhubung IBR,berikutan Pulau Pinang adalah negeri kelahirannya.

“Mengapa saya terlalu ambil berat terhadap Pulau Pinang adalah kerana saya dilahirkan di sini. Malu kalau negeri saya sendiri tidak mahu tandatangani IBR yang diusahakan oleh saya sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pagi tadi.

Dzulkifli sebelum ini dilaporkan kesal dengan keengganan Pulau Pinang yang seolah-olah bersikap berdolak dalih untuk menandatangani IBR.

-Berita Harian

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini