PM Perlu Lebih Peka

0
10

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan dikemukakannya sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, melalui soalan tambahan, beliau meminta supaya PM yang juga merupakan Menteri Kewangan mengenai topik yang sedang dibincangkan.

“Saya bertanya pada PM mengenai unjuran kekurangan rumah mampu milik yang dianggarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan mencecah 1 juta rumah pada 2020 dan juga tindakan kerajaan menangani pengangguran yang makin meningkat angkanya.

“Walaupun soalan-soalan yang saya bangkitkan berkaitan ekonomi negara namun beliau (Najib) tidak menjawab soalan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Soalan tambahan dikemukakan Wan Azizah berkenaan dengan soalan kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran BNM bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Katanya, beliau menekankan supaya Najib lebih peka dengan keadaan rakyat kini.

“Kemajuan ekonomi negara tidak hanya diukur daripada angka pertumbuhan semata-mata namun ia mesti dirasai oleh rakyat.

“Tiada gunanya ada angka pertumbuhan yang baik namun rakyat menderita di bawah,” katanya.

-Sinar Online

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini