27.5 C
Kuala Lumpur, MY
Saturday, December 16, 2017
Utama Semasa Kos Utiliti Punca Perniagaan Terjejas

Kos Utiliti Punca Perniagaan Terjejas

0
55
Galaxy Mall Ampang

AMPANG 5 Julai – Seramai 190 peniaga di Ga­laxy Mall, Ampang di sini mendakwa perniagaan mereka terjejas selepas pengurusan pusat beli-belah itu didakwa gagal mengurus kos utiliti dengan baik.

Salah seorang peniaga, Rodz­iah Shariff, 59, berkata, masalah itu berlaku sejak sebulan lalu selepas bekalan elektrik dan air dihentikan kerana didakwa pihak pengurusan gagal membayar hutang tertunggak.

Menurutnya, lebih malang lagi, semua peniaga di pusat beli belah itu diarahkan pihak pengurusan untuk membayar wang le­bihan kos pengelenggaraan sebanyak RM2,000 setiap unit kedai bagi memastikan bekalan elektrik tidak dipotong.

“Kos sewa kedai dan penyelenggaraan kami memang bayar setiap bulan sejak dari dahulu lagi. Peliknya kenapa kos tunggakan itu kami yang kena tanggung, sedangkan kami bayar setiap bulan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rodziah ber­kata, pihak pengurusan juga di­dakwa menyalah guna hasil bayaran kos penyelenggaraan yang dibayar peniaga untuk tujuan perniagaan mereka yang lain.

Dia juga berkata, timbul dakwaan wang yang dibayar selama ini kepada pihak berkenaan telah digunakan untuk tujuan perniagaan lain sedangkan tindakan sedemikian adalah salah dan tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, jurucakap pi­hak pengurusan pusat beli-belah itu berkata, peniaga menjadi mangsa ekoran kecuaian pemilik premis dalam membuat pembayaran kos penyelenggaraan yang telah ditetapkan.

Beliau memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran daripada lebih 300 pemilik premis di pusat beli-belah Utama Galaxy Mall, Ampang itu.

“Tidak dinafikan peniaga membayar kos penyelenggaraan tetapi melalui pemilik premis dan sangat dikesali apabila pihak kami tidak menerima wang tersebut.

“Oleh itu, diharap semua peniaga tidak menggunakan pemilik premis sebagai orang tengah untuk bayar kos penyelenggaraan,” katanya lagi,

-Utusan

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini